Rahsia Maintain Model Masa Raya!

07:49

Ehem ehem. 
Alhamdullillah, selesai Ramadhan kita tahun ni. Tapi serius ah, rasa macam cepat je Ramadhan tahun ni. Kalau dulu, siap countdown lagi bila nak raya. Sekarang, bila Ramadhan dah nak habis, rasa macam sedih ja. Sebab time tu la kita nak beramal dengan Allah Taala. Bukan nak cakap bulan bulan lain tak boleh beramal. Tapi, feel Ramadhan tu lain beb.

Aku ni memang suka bebel kan. Eh, sopan sikit Liyana..Haa, entri ni sebenarnya kesinambungan daripada entri saya yang lepas. Yang bertajuk "Inspirasi Raya Liyana" tuu. Itu pon kalau korang sudi baca la. Dalam entri yang lepas, saya teringin nak bertemakan batik. Memang tak de beli apa pon. Semua koboi. Bukan tak suka shopping, entahla, macam tak de feel je nak shopping.

So, hasil daripada koboi tu..Maka terjadilah begini rupa.
 

Dari bawah dulu ea, kasut tu beli time konvo. Sekali pakai ja. Kain batik (hero disini) ialah kain batik ibu saya masa dia besar besar ni dulu. Top tu, beli masa nak pakai pi kenduri kawan saya. Konon konon nak sedondon la. Shawl, saya memang bukan mahir pakai benda alah tu. Tudung common saya adalah bawai. Tak payah nak lilit lilit bagai. Senang. Tapi, hari kejadian, saya sangat sangat MALAS nak iron tudung bawai. Jadi, saya cuba sampai berpeluh hidung lilit benda tuh. Tak la eye cathing sangat. Bukan nak attention pon. Just put some ideas and creativity. And then.. walaaa..

Jauh saya bercerita pasai inspirasi baju raya saya kan.Berbalik kepada tajuk di atas.. Sekarang baru nak reveal the secret. Ni pengalaman saya, sepanjang Ramadhan ni, saya dah turun hampir 4 KILO! Sebulan turun 4 KILO jaa??! Korang bayangkan, punya susah nak turun 4 KILO tu. Tapi bila Raya ja..baru 2-3 hari Raya, dah boleh naik sampai 5 KILO!!(ni tahun lepas punya experience) Gila apa nih?

TAPI..TAPI.. sebelum pisang berbuah 2 kali, saya memang dah prepare siap siap nak pakai PREMIUM BEAUTIFUL CORSET sepanjang RAYA ni uolls. Memang menjadi. Setakat ni, berat maintain jeee. Tu, yang dalam gambar kat atas tu, tengah pakai la tu. Kita ada kenduri 2-3, mesti kena control sikit nafsu makan. Ye dok?

Ada banyak lagi nak cerita sebenarnya nih. Nanti kita gossip lain noh. 
Till we meet again in my next post!

You Might Also Like

0 comments

Popular Posts